Program Kembara Kelab Malaysiaku Bersama SMK Kabong

30 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 29 Ogos 2019 yang lepas, pihak Pusat Internet Batang Maro telah dijemput ke Pusat Internet Kabong bagi sama-sama memeriahkan Program Kembara Kelab Malaysiaku dari Jabatan Penerangan Saratok bersama SMK Kabong. Program ini telah dihadiri oleh 10 orang pelajar Tingkatan 4 SMK Kabong. Pengisian yang diberikan kepada para peserta adalah cara-cara membuat animasi menggunakan Scratch dan sedikit modul advokasi.

Scratch merupakan pengaturcaraan yang menggunakan konsep tarik dan letak (drag-and-drop). Para peserta dibimbing perkara-perkara asas yang perlu diketahui semasa menggunakan applikasi tersebut. Selain itu, para peserta turut didedahkan dengan modul advokasi seperti E-Waste, Klik Dengan Bijak, dan Check Your Label.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali